Oops (Part 1)

Sayur Bening Di Syawal Ke 5

Raya pertama je dapat makan makanan raya. Itupun rasa tak puas sebab pagi raya makan lontong, sambal kacang, sayur campur dan ayam goreng berempah. ehhh.. ada lagi, ketupat palas dan rendang ayam. Malam pulak makan nasi minyak lauk ayam masak merah. Juga laksa Cik Nora buat.

Raya ke 2, 3 dan 4 makan beli je.. 
kan duduk di rumah sahaja + perjalanan balik ke Kulim dan hantar Wafi balik asrama.

Hari ni nak makan comfort food pulak.

Masaklah sayur bening pak choy dan brokoli.

Nak habiskan sayur² hijau sebelum kuning. Beberapa hari sebelum raya banyak juga beli sayur kat NSK sebab murah. End up tak habis masak/makan.

Lauk pun masak simple sebab tak defrost awal². Ingat nak masak sardin, tak ada stok rupanya.

Inilah menu tengahari hari ni
  • Sayur bening pak choy + brokoli
  • Telur dadar
  • Sambal belacan
  • Telur masin
  • Ikan masin
  • Buah pelam
Kat luar tadi panas nya la haiii.. ini ada bunyi guruh sikit.
Hari ni nak relax² je kat rumah, esok nak kerja.

Aduhaiiii... tak terasa pula dah 9 hari cuti.
Esok dah kembali ke rutin asal.


 

Comments